Kolaborasi FELDA Dan KPF2
FELDA telah menawarkan kerjasama bersama KPF2 bagi membangunkan projek-projek Gedung Makanan Negara (GMN) yang telah diseliakan oleh Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan FELDA (JPPT).
Lokasi pertama yang dimajukan adalah di Pusat Integrasi Ternakan Chuping (PITC) , Perlis yang berkeluasan 227 ekar. Tanaman yang diusahakan adalah 15,000 pokok kelapa pandan bersamaan dengan 135 ekar dari 227 ekar telah selesai dimajukan. Manakala baki dalam 92 ekar akan ditanam dengan durian (musang king, blackthorn, aspa)