SEJARAH

Sejarah Penubuhan KPF2

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan penubuhan KPF2 pada 15 April 2011. Penubuhan KPF2 adalah bertujuan memberi peluang kepada generasi baru FELDA terlibat dalam kelangsungan pembangunan kumpulan FELDA

KPF2 sedang giat melaksanakan aktiviti terutama mendapatkan seberapa ramai anggota. Di samping itu juga, KPF2 menggalakkan anggota memiliki modal syer dalam KPF2.

Keanggotaan KPF2 terbuka kepada generasi baru FELDA seluruh negara samada yang tinggal di dalam atau di luar rancangan, kakitangan FELDA, anak-anak kakitangan FELDA, pesara FELDA dan anak-anak pesara FELDA. Pihak KPF2 mengalu-alukan dan mempelawa semua generasi baru dan kakitangan FELDA menjadi anggota KPF2 serta memiliki modal syer dalam KPF2.

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA 2 BERHAD
Tingkat 1, Balai FELDA, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Scroll to Top