Stesen Petron di Taman Saujana Harmoni, Gua Musang, Kelantan merupakan anak syarikat 100% milik KPF2. KPF2 memiliki 100% kepentingan ekuiti dalam Sunwish Prestige Sdn. Bhd. yang menguruskan dan memegang lesen stesen minyak yang berdaftar ini. Pemilikan stesen minyak di bandar kecil amat sesuai dengan kos pelaburan yang rendah serta terletak di lingkungan pembangunan jaringan Lebuhraya Central Spine yang bakal memberi impak kemajuan perniagaan setempat.