Ternakan Ayam

Projek Ternakan Ayam

KPF2 mula menceburi projek ternakan ayam pedaging pada tahun 2019 di Air Tawar Perak. Melihat kepada potensi dalam perniagaan yang sangat baik ini, KPF2 mengembangkan lagi projek dengan membina dua buah reban lagi yang berkapasiti 30 ribu ekor ayam. Kini KPF2 telah memiliki 4 reban dengan jumlah 110 ribu ekor pada setiap musim di Perak dan Pahang.

KPF2 berhasrat untuk terlibat dalam sektor ini dimulakan dengan ternakan dan seterusnya melangkah lebih jauh seperti menghasilkan makanan proses berasaskan ayam dan membuka kilang makanan ayam serta pusat penetasan dan penternakan. KPF2 bersama-sama dengan kerajaan cuba menangani krisis bekalan ayam dalam negara baru-baru ini dengan memberikan input penternakan kepada jawatankuasa yang dibentuk oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Leave a Comment

Scroll to Top